"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Wednesday, March 19, 2008

Teman dan Rakan² Dihujung Nyawa

Lepas janji tak jadi pergi menonton bola di stadium Perak (dengar khabor Perak kalah 6-1...sigh!!), teman dan member² melepak di Medan Gopeng (kedai siam ujung skali,tema kaler kuning), bersembang. Maklum la lama tak jumpa, banyak la berita nak di khabor, banyak juga cerita di ulang dengar. Tak jadi hal la. Cerita ketika bersama di waktu nyawa di hujung tanduk juga terbuka. Jom ni teman nak cerita nyawa yg hampir² hilang ketika Tsunami melanda Pantai Barat tahun 2004 kalau tak silap la.

3 hari sebelum tsunami teman dan rakan²....lebih kurang 5 orang semuanya memulakan aktiviti berkhemah di Teluk Sekadas, Pulau Pangkor. Tujuan asal memancing. Nak cerita kat korang semua, kalo nak ikut jalan darat pergi tempat tu, biler dah sampai ke Pulau Pangkor tu kena naik teksi atau van. Itupun hanya sampai ke sebuah perkampungan nelayan. Lepas tu kena jungle track rentas 2-3 bukit. Penat woooo.....sies tak tipu. Kalo tak dukung barang lain cerita. Ini beg pancing jer dah baper set. Masing² tak leh nak ngeluh sebab masing² dukung barang lebih kurang sama banyak.

Sampai kat tempat tu, mau lebih kurang sejam setengah kot. Yang menarik nya Teluk Sekadas ni ader air mata air, lepas tu pulak, dia bukan pantai untuk orang ramai. Sebab nak pergi tempat tu susah. So kat situ kitaorang jer ler yang camping. Malam pertama kita orang memancing depan khemah jer. Ader gak sangkut ikan, tapi yang lebih mata kail sangkut kat batu karang.

Besok nye baru pergi naik atas batu, lebih kurang 100 meter dari tapak khemah. Malam tu pun tido kat atas batu je. Sejuk nya usah di kenang. Ikan kat situ menarik la jugak walau terlepas jenahak 4 kg. Macam mana tau? Abis dah bawak naik bleh terlepas balik. (Bongok pada orang yg pegang ikan!!) Lepas tu bermula episod duka teman. Seluar teman koyak di bahagian peha. Shit!!! Pagi esok koyak dah hampir keseluruhan. Giler susah nak sorok tu. Malam tu pulak ader selimut, tapi member teman buat jadi bantal. Maklum la tido atas batu. Tilam keras.

Biler dah siang, perbincangan di jalankan. Ramai yang nak stay kerana tak puas mancing lagi. Kebetulan seorang dari rakan tu ader kenduri belah makcik dia. So nak tak nak kitaorang pun kena la turut sama balik.

Bila dah sampai rumah. Pagi esok nya dengar cerita Tsunami. Pantai kat Lumut air naik sampai pokok kelapa. Cerita orang la. Fuh....bayangkan kalau kitaorang tak balik dan masih melepak dekat batu utk memancing. Memang masing² dah arwah la. Alhamdulillah la. Kalo tak memang berkubur kitaorang kat laut.

Budak Ta'yah pun teman tak sempat kenal. Erk!! Aper kena mengena ngan budak Ta'yah ni??? Konpius. Okies ler.....Tu je nak citer. Sampai jumpa lagi.......chiow!!!


P/s: Ujung minggu ni mancing di Pangkor.....jangan ader orang rasa Terpinggir an Putra dah la ekkk.....

2 dah post, Teman tak larang nak cakap:

zura lias said...

dah mancing..bape ekor ikan dapat?budak ta'yah mane plak x jumpe?haishh..musykilnye....

Teman said...

hampeh.....ikan kenit jer...yg besor sumer tangkap lepas......nak berkembang biakkan ikan2 tu....