"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Wednesday, March 26, 2008

Teman dan AF

Oh tidak.....
Nak taip tajuk di atas tu pun sebenornya teman tak sanggup....
Teman bukan anti AF macam dia ni cakap.....
Bagi teman....
AF dah lapuk....
Astro tolong le ganti dengan program baru.....
Kalo AF1 dulu mungkin mengkome excited sebab rancangan tv jenis realiti yg baru...
Tapi dah 6 musim dah......
Kalo time Vince menang dulu ader budak yg lahir masa dia angkat hadiah tu....
Tahun depan budak tu dah bleh masuk darjah 1 dah pun....
Dah besor dah budak nya....
Tapi bebudak AF 1 dulu pergi mana???
Hilang camtu.....
Oppppss....mungkin ader yang bangkang.....
Okies la ader yang kerja ngan radio.....tapi semua ke?
Ade yang jadi pelakon....Forfuler ke?
Ada yang jadi penyanyi......Album jual juta² ke?
Ada yang couple pakai baju macam pengantin pergi anugerah.....kawin ke?
Artis Malaysia......
Nak havoc sana sini.....
Tapi habuk pun takde...
Sudah nya bergambo "tuttttt".....
Pastu tak ngaku....kata super impose....salahkan teknologi...
Masa buat tak pikir...masa kena salahkan orang itu orang ini...
Aper kena mengena ngan AF????
AF 6 ni lagi teruk....
Teman bukan nak mengutuk or mengata....
Baru tadi teman tengok kat channel 106 Oasis...
Dayangku Intan sekarang dah pakai tudung....
Terkejut wooo....
Dulu nyanyi terkinja sana terkinja sini....
Sekarang dah tudung litup....
Umor dia???
Entah le....dia takder plak tunjuk kad pengenalan dia masa program tu....
Tapi bleh agak le kan...maybe dah 40an....
Eh.....40an bleh masuk AF6 pe...
Macam Makcik Rina tu....
Bleh terkinja merata....dengar citer status dia "single"....
Lepas ni bleh cari jodoh sekali....
Dah melompat merata.....ramai le menjejes air liur tengok....
Dato'² yang teringin berbini "tua".....boleh la apply....
Asik nak bini muda je kan..tuko le selera sekali sekala...
Okies le.....
Chiow adios......


P/S: Harapan teman.....jangan le mak teman ngaco teman nak tengok bola malam minggu!! Ciss ko AF6.... Orang tu pun dah tentu sibuk nak tengok AF......dengor citer minggu lepas dia melepas konsert AF....

Wednesday, March 19, 2008

Teman dan Rakan² Dihujung Nyawa

Lepas janji tak jadi pergi menonton bola di stadium Perak (dengar khabor Perak kalah 6-1...sigh!!), teman dan member² melepak di Medan Gopeng (kedai siam ujung skali,tema kaler kuning), bersembang. Maklum la lama tak jumpa, banyak la berita nak di khabor, banyak juga cerita di ulang dengar. Tak jadi hal la. Cerita ketika bersama di waktu nyawa di hujung tanduk juga terbuka. Jom ni teman nak cerita nyawa yg hampir² hilang ketika Tsunami melanda Pantai Barat tahun 2004 kalau tak silap la.

3 hari sebelum tsunami teman dan rakan²....lebih kurang 5 orang semuanya memulakan aktiviti berkhemah di Teluk Sekadas, Pulau Pangkor. Tujuan asal memancing. Nak cerita kat korang semua, kalo nak ikut jalan darat pergi tempat tu, biler dah sampai ke Pulau Pangkor tu kena naik teksi atau van. Itupun hanya sampai ke sebuah perkampungan nelayan. Lepas tu kena jungle track rentas 2-3 bukit. Penat woooo.....sies tak tipu. Kalo tak dukung barang lain cerita. Ini beg pancing jer dah baper set. Masing² tak leh nak ngeluh sebab masing² dukung barang lebih kurang sama banyak.

Sampai kat tempat tu, mau lebih kurang sejam setengah kot. Yang menarik nya Teluk Sekadas ni ader air mata air, lepas tu pulak, dia bukan pantai untuk orang ramai. Sebab nak pergi tempat tu susah. So kat situ kitaorang jer ler yang camping. Malam pertama kita orang memancing depan khemah jer. Ader gak sangkut ikan, tapi yang lebih mata kail sangkut kat batu karang.

Besok nye baru pergi naik atas batu, lebih kurang 100 meter dari tapak khemah. Malam tu pun tido kat atas batu je. Sejuk nya usah di kenang. Ikan kat situ menarik la jugak walau terlepas jenahak 4 kg. Macam mana tau? Abis dah bawak naik bleh terlepas balik. (Bongok pada orang yg pegang ikan!!) Lepas tu bermula episod duka teman. Seluar teman koyak di bahagian peha. Shit!!! Pagi esok koyak dah hampir keseluruhan. Giler susah nak sorok tu. Malam tu pulak ader selimut, tapi member teman buat jadi bantal. Maklum la tido atas batu. Tilam keras.

Biler dah siang, perbincangan di jalankan. Ramai yang nak stay kerana tak puas mancing lagi. Kebetulan seorang dari rakan tu ader kenduri belah makcik dia. So nak tak nak kitaorang pun kena la turut sama balik.

Bila dah sampai rumah. Pagi esok nya dengar cerita Tsunami. Pantai kat Lumut air naik sampai pokok kelapa. Cerita orang la. Fuh....bayangkan kalau kitaorang tak balik dan masih melepak dekat batu utk memancing. Memang masing² dah arwah la. Alhamdulillah la. Kalo tak memang berkubur kitaorang kat laut.

Budak Ta'yah pun teman tak sempat kenal. Erk!! Aper kena mengena ngan budak Ta'yah ni??? Konpius. Okies ler.....Tu je nak citer. Sampai jumpa lagi.......chiow!!!


P/s: Ujung minggu ni mancing di Pangkor.....jangan ader orang rasa Terpinggir an Putra dah la ekkk.....

Sunday, March 16, 2008

Teman dan Iklan

Dah penat bersembang politik......
Ni teman kasik iklan......
Tengok video ni sampai habis....
Lepas tu praktis sampai bleh jadi macam budak baju merah tu buat yer....
Praktis sampai boleh tau.....






Adios....Chiow!

Thursday, March 13, 2008

Teman dan Politik Perkauman

Arghh....Penin biler memikirkan isu politik di negeri teman.......tapi ini lah akibatnya apabila politik perkauman masih di amalkan di Malaysia. Kemudian diburukkan lagi dengan media arus perdana yang tak habis² mencanang kemelut antara parti. Rakyat mula keliru dengan aper yang berlaku. Masing² mahu mengangkat satu parti sahaja yang memerintah kerajaan negeri Perak. Satu perkara yang tak mungkin berlaku.

Inilah akibatnya apabila masing² mahu menegakkan parti mengikut kaum. Sejak zaman penjajah, kita telah di racun dengan parti² mengikut kaum. Maka ini lah jadi nyer. Jika dulu Umno untuk orang Melayu, MIC untuk orang India, MCA atau DAP untuk orang cina, maka inilah yang terjadi pada Malaysia sekarang. Masing² memandang sinis antara satu sama lain. Masing² mempunyai agenda untuk kaum masing². Agenda perkauman.

Maka jika kita fikirkan semula, tiada politik yang lebih baik selain daripada politik Islam. Islam adalah untuk semua umat manusia. Islam mempunyai agenda yg sama adil sama rata untuk setiap manusia. Di zaman Nabi juga ada Yahudi yang tinggal di Madinah. Maka Islam lah jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di Negeri Perak khasnya dan umum nya di Malaysia.

Jika di ambil contoh kerajaan yang memerintah Kelantan, kaum lain sama sekali tidak di pinggirkan. Pernah di lihat orang cina di Kelantan menyokong parti yang memerintah Kelantan. Patung Budha terbesar di Malaysia juga terletak di negeri Kelantan. Masih elok tertegak di Tumpat. Mengapa??? Kerana bagi Islam........"bagi mu agamamu, bagiku agamaku".......Islam tidak menghalang manusia menganuti agama lain. Malah menghormati kaum lain.

Tapi rata² orang bukan Islam ( malah ader orang melayu yang taksub dengan bangsa melayu) tidak melihat perkara ini. Bagi mereka politik kaum la yang boleh mengamankan Malaysia. Maka sudah sampai masanya kita berfikir, sampai biler ayat takkan Melayu hilang di dunia itu perlu di titik beratkan. Yang lebih penting disini, sampai biler Islam hanya ingin dipandang sebagai sebuah agama orang Melayu, bukan sebagai satu wadah perjuangan untuk setiap umat yang menganutinya.

Sampai jumpa lagi.....Adios bebeh....

Monday, March 10, 2008

Teman dan Kerajaan Baru

Untuk kali pertamanya dalam hidup teman, negeri teman negeri Perak jatuh ke tangan Barisan Alternatif (PAS, DAP dan PKR). Mereka akan membentuk kerajaan campuran. Ramai yang kata melayu bodoh kerana memberi Cina memerintah. Benarkah macam tu?? Bagi teman tu hanya propaganda politik oleh keraajaan yg memerintah Malaysia. Mereka kuat melaungkan tiada politik perkauman tetapi bila terjadi pemerintahan kerajaan campuran di Perak, mereka pula yang bising mengatakan Perak dah jatuh ke tangan orang cina. Buka lah mata wahai orang yang taksub dengan Keraajaan Barisan Naik harga barang. Jika benar kerajaan campuran tidak mampu untuk membuktikan mereka boleh memerintah dengan adil, telus dan tiada korupsi, maka dengan sendiri nya vote PRU 13 yang akan datang akan swing semula.

Berilah mereka masa untuk membuktikan nya dalam masa 4-5 tahun yang mereka perolehi sekarang. Kenapa kita mampu untuk melihat betapa teruknya kerajaan BN berkuasa lebih dari 50 tahun tapi kita tak boleh melihat 4-5 tahun yang akan datang di bawah pimpinan kerajaan campuran yang baru dibentuk ini.

Mari kita fikir bersama. Tak cukupkah lagi 50 tahun BN memerintah. Mungkin dulu...ya dulu...masa baru² merdeka. Orang Malaysia amat berterima kasih dengan Barisan Nasional yang membantu Malaysia mendapat kemerdekaan, tapi itu dah lebih 50 tahun. Itu bukan lagi satu isu besar. Kita sering dimomokkan dengan rakyat yang tak mengenang budi sekiranya undi selain daripada BN.

Sekarang isu itu sudah lapuk. Terlalu lapuk. Kita sudah maju kehadapan. Sudah 50 tahun merdeka. Sudah tak relevan lagi jika hanya memikirkan isu yang seperti itu. Sekarang isu yang lebih penting perlu di titik beratkan. Isu harga minyak dimana Petronas untung sehingga 80 billion setahun tetapi Malaysia masih mempunyai defisit. Isu harga barang yang naik mengejut. Isu minyak masak yang shortage sedangkan Malaysia pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. Isu Koridor Raya Multimedia di setiap wilayah yang menelan belanja sehingga berbillion ringgit sedangkan N11 Ijok yang dimenangi oleh BN semasa pilihanraya kecil April tahun lalu masih tidak mempunyai bekalan air paip. (tak percaya?? sila buka Berita Harian hari Jumaat sehari sebelum PRU 12.)

Mari kita perhati perihal media arus perdana pula. Dimana propaganda Barisan Nasional hari² di tayangkan. Semua media memberi laluan kepada iklan propaganda BN. Maka rakyat sudah muak. Hampir setiap hari berita RTM menayangkan Kempen Barrack Obama dan Hillary Clinton berdebat mengenai manifesto yang di rancang oleh mereka, tetapi tiada sekelumit pun perdebatan umum antara parti yang bertanding di dalam PRU12 di Malaysia. Di mana keadilannya?? Maka rakyat mencari maklumatnya di internet.

Ini lah bentuk kemajuan yang dimiliki oleh rakyat. Kita bukan hidup di zaman utusan surat yang hanya mengetahui maklumat dari suratkhabar. Rakyat yang sudah mampu berfikir bertindak mencari maklumat di media yang lebih telus dan transparent.

Kita juga di propaganda kan dengan iklan yang mengatakan Malaysia akan mundur, akan tidak maju sekiranya menukar Perdana Menteri. Teman nak ajak fikiran kome semua ke Jepun. Jepun negara yang kerap bertukar Perdana Menteri. Jika kita lihat bermula pada tahun 2000. Hanya 8 tahun yang lepas.

Bermula dari 4 Julai 2000 hingga 26 April 2001, Yoshiro Mori yang menjadi Perdana Menteri Jepun. Dari 26 April sehingga 26 September 2006, Junichiro Koizumi mengambil alih. Baru 5 tahun menjadi Perdana Menteri, Shinzo Abe pula mengambil pemerintahan menjadi Perdana Menteri itu pun hanya bertahan setahun. Pada 26 September 2007, Yasuo Fukuda pula menjadi Perdana Menteri sehingga sekarang. 8 tahun ada 5 Perdana Menteri di Jepun. Satu persoalan??? Mundurkah Jepun yang kerap bertukar Perdana Menteri dan maju kah Malaysia yang tidak mahu menukar Perdana Menterinya???

Sama²lah kita fikirkan. Maka tidak salah sekiranya kita menukar kerajaan dan sekiranya tidak bersetuju kita juga lah yang mampu utk menukar dan menurunkan mereka yang berada di atas sekiranya mereka tidak boleh membawa perubahan ke arah kebaikan bersama.

Sampai jumpa lagi......Adios Amigos.....chaloh!

Friday, March 7, 2008

Teman dan Lawak PRU 12

Esok hari mengundi seluruh malaysia.....
Dalam bahasa mudah.....
Pilihanraya Umum ke 12 untuk Malaysia.....
Teman bukan bias kepada mana² parti politik.....
Cuma teman nak cerita pada korang sume lawak yg teman baca ni....



Cerita bermula apabila Pak Lah dan Sammy Vellu menaiki helikopter bersama untuk melawat kawasan palimennyer.
Semasa di dalam helikopter mereka bersembang....


Pak Lah : U know arrr Sammy....if I buang 2 keping wang Rm100 dari atas ni....sure ada 2
rakyat Malaysia yg happy Perdana Menteri mereka sedekah wang.

Sammy Vellu : Ayoyo Pak lah.....kalau saya buang 200 keping wang Rm 1.....ada 200 orang yang akan gembira tau....sure saya punyer majoriti lagi banyak....

Apabila terdengar percakapan mereka, juruterbang yang membawa helikopter itu turut menyampuk......

Juruterbang : Kalo saya buang 2 orang penumpang dalam heli saya ni....pasti ada 27 juta rakyat Malaysia yang lagi happy......



Lu pikir la sendiri.....

Selamat mengundi.......

Wednesday, March 5, 2008

Teman dan Genting

"JaUh aDaLaH rUaNg yAnG MeMiSaH...
JaUh mEmBuAtKaN DuA JiWa tErPiSaH...
JaUh mEnJaDiKaN hAtI ReSaH...
JaUh mElAhIrkAn rInDu yG TaK SuDaH...
NaMuN KeRaNa jAuH HuBuNgAn kItA BeRtAmBaH InDaH..."



Selamat Hari Lahir yg ke 26......