"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Thursday, March 13, 2008

Teman dan Politik Perkauman

Arghh....Penin biler memikirkan isu politik di negeri teman.......tapi ini lah akibatnya apabila politik perkauman masih di amalkan di Malaysia. Kemudian diburukkan lagi dengan media arus perdana yang tak habis² mencanang kemelut antara parti. Rakyat mula keliru dengan aper yang berlaku. Masing² mahu mengangkat satu parti sahaja yang memerintah kerajaan negeri Perak. Satu perkara yang tak mungkin berlaku.

Inilah akibatnya apabila masing² mahu menegakkan parti mengikut kaum. Sejak zaman penjajah, kita telah di racun dengan parti² mengikut kaum. Maka ini lah jadi nyer. Jika dulu Umno untuk orang Melayu, MIC untuk orang India, MCA atau DAP untuk orang cina, maka inilah yang terjadi pada Malaysia sekarang. Masing² memandang sinis antara satu sama lain. Masing² mempunyai agenda untuk kaum masing². Agenda perkauman.

Maka jika kita fikirkan semula, tiada politik yang lebih baik selain daripada politik Islam. Islam adalah untuk semua umat manusia. Islam mempunyai agenda yg sama adil sama rata untuk setiap manusia. Di zaman Nabi juga ada Yahudi yang tinggal di Madinah. Maka Islam lah jalan penyelesaian terhadap kemelut politik di Negeri Perak khasnya dan umum nya di Malaysia.

Jika di ambil contoh kerajaan yang memerintah Kelantan, kaum lain sama sekali tidak di pinggirkan. Pernah di lihat orang cina di Kelantan menyokong parti yang memerintah Kelantan. Patung Budha terbesar di Malaysia juga terletak di negeri Kelantan. Masih elok tertegak di Tumpat. Mengapa??? Kerana bagi Islam........"bagi mu agamamu, bagiku agamaku".......Islam tidak menghalang manusia menganuti agama lain. Malah menghormati kaum lain.

Tapi rata² orang bukan Islam ( malah ader orang melayu yang taksub dengan bangsa melayu) tidak melihat perkara ini. Bagi mereka politik kaum la yang boleh mengamankan Malaysia. Maka sudah sampai masanya kita berfikir, sampai biler ayat takkan Melayu hilang di dunia itu perlu di titik beratkan. Yang lebih penting disini, sampai biler Islam hanya ingin dipandang sebagai sebuah agama orang Melayu, bukan sebagai satu wadah perjuangan untuk setiap umat yang menganutinya.

Sampai jumpa lagi.....Adios bebeh....

2 dah post, Teman tak larang nak cakap:

Anonymous said...

Berdiri tegak sambil tabik hormat kepada encik Teman! Syabbas mere betta!

-cik jah

Teman said...

untuk:

Cik Jah ->

Thank U....kita sama² pikir.....