"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Monday, March 10, 2008

Teman dan Kerajaan Baru

Untuk kali pertamanya dalam hidup teman, negeri teman negeri Perak jatuh ke tangan Barisan Alternatif (PAS, DAP dan PKR). Mereka akan membentuk kerajaan campuran. Ramai yang kata melayu bodoh kerana memberi Cina memerintah. Benarkah macam tu?? Bagi teman tu hanya propaganda politik oleh keraajaan yg memerintah Malaysia. Mereka kuat melaungkan tiada politik perkauman tetapi bila terjadi pemerintahan kerajaan campuran di Perak, mereka pula yang bising mengatakan Perak dah jatuh ke tangan orang cina. Buka lah mata wahai orang yang taksub dengan Keraajaan Barisan Naik harga barang. Jika benar kerajaan campuran tidak mampu untuk membuktikan mereka boleh memerintah dengan adil, telus dan tiada korupsi, maka dengan sendiri nya vote PRU 13 yang akan datang akan swing semula.

Berilah mereka masa untuk membuktikan nya dalam masa 4-5 tahun yang mereka perolehi sekarang. Kenapa kita mampu untuk melihat betapa teruknya kerajaan BN berkuasa lebih dari 50 tahun tapi kita tak boleh melihat 4-5 tahun yang akan datang di bawah pimpinan kerajaan campuran yang baru dibentuk ini.

Mari kita fikir bersama. Tak cukupkah lagi 50 tahun BN memerintah. Mungkin dulu...ya dulu...masa baru² merdeka. Orang Malaysia amat berterima kasih dengan Barisan Nasional yang membantu Malaysia mendapat kemerdekaan, tapi itu dah lebih 50 tahun. Itu bukan lagi satu isu besar. Kita sering dimomokkan dengan rakyat yang tak mengenang budi sekiranya undi selain daripada BN.

Sekarang isu itu sudah lapuk. Terlalu lapuk. Kita sudah maju kehadapan. Sudah 50 tahun merdeka. Sudah tak relevan lagi jika hanya memikirkan isu yang seperti itu. Sekarang isu yang lebih penting perlu di titik beratkan. Isu harga minyak dimana Petronas untung sehingga 80 billion setahun tetapi Malaysia masih mempunyai defisit. Isu harga barang yang naik mengejut. Isu minyak masak yang shortage sedangkan Malaysia pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. Isu Koridor Raya Multimedia di setiap wilayah yang menelan belanja sehingga berbillion ringgit sedangkan N11 Ijok yang dimenangi oleh BN semasa pilihanraya kecil April tahun lalu masih tidak mempunyai bekalan air paip. (tak percaya?? sila buka Berita Harian hari Jumaat sehari sebelum PRU 12.)

Mari kita perhati perihal media arus perdana pula. Dimana propaganda Barisan Nasional hari² di tayangkan. Semua media memberi laluan kepada iklan propaganda BN. Maka rakyat sudah muak. Hampir setiap hari berita RTM menayangkan Kempen Barrack Obama dan Hillary Clinton berdebat mengenai manifesto yang di rancang oleh mereka, tetapi tiada sekelumit pun perdebatan umum antara parti yang bertanding di dalam PRU12 di Malaysia. Di mana keadilannya?? Maka rakyat mencari maklumatnya di internet.

Ini lah bentuk kemajuan yang dimiliki oleh rakyat. Kita bukan hidup di zaman utusan surat yang hanya mengetahui maklumat dari suratkhabar. Rakyat yang sudah mampu berfikir bertindak mencari maklumat di media yang lebih telus dan transparent.

Kita juga di propaganda kan dengan iklan yang mengatakan Malaysia akan mundur, akan tidak maju sekiranya menukar Perdana Menteri. Teman nak ajak fikiran kome semua ke Jepun. Jepun negara yang kerap bertukar Perdana Menteri. Jika kita lihat bermula pada tahun 2000. Hanya 8 tahun yang lepas.

Bermula dari 4 Julai 2000 hingga 26 April 2001, Yoshiro Mori yang menjadi Perdana Menteri Jepun. Dari 26 April sehingga 26 September 2006, Junichiro Koizumi mengambil alih. Baru 5 tahun menjadi Perdana Menteri, Shinzo Abe pula mengambil pemerintahan menjadi Perdana Menteri itu pun hanya bertahan setahun. Pada 26 September 2007, Yasuo Fukuda pula menjadi Perdana Menteri sehingga sekarang. 8 tahun ada 5 Perdana Menteri di Jepun. Satu persoalan??? Mundurkah Jepun yang kerap bertukar Perdana Menteri dan maju kah Malaysia yang tidak mahu menukar Perdana Menterinya???

Sama²lah kita fikirkan. Maka tidak salah sekiranya kita menukar kerajaan dan sekiranya tidak bersetuju kita juga lah yang mampu utk menukar dan menurunkan mereka yang berada di atas sekiranya mereka tidak boleh membawa perubahan ke arah kebaikan bersama.

Sampai jumpa lagi......Adios Amigos.....chaloh!

4 dah post, Teman tak larang nak cakap:

hakir rahman said...

saya kata protes besar-besaran rakyat. tak apa, sapa2 yg perintah kalau boleh bg rakyat lagi senang, apa salahnya, dh 50 bersaman, sesekali nk jugak try barang baru.hahaha

Teman said...

untuk :

Tra -> Betul la tra.....aper salahnyer nak try barang baru.....dah cukup 4-5 tahun nanti kalo rasa dah buruk....beli lain plak.....hehehhehe......(bini kome jangan buat camtu.....mau melayang pinggan mangkuk nanti)

Khadijah said...

Semoga pihak yang diberikan kepercayaan dapat berusaha sebaiknya untuk kesejahteraan rakyat!!

dan

Semoga sentimen perkauman yang dimainkan oleh media dapat dihentikan..serabut!

Teman said...

Untuk:

Cik Jah ->

Takper cik Jah.....semoga Islam tertegak di negeri kita.....sabar je le.....jangan tersentapzzz sudah ler....