"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Tuesday, November 18, 2008

Teman dan Taman Negara


Pagi tadi surf....
Terjumpa satu site ni.....

http://www.taman-negara.com/



Lepas balik dari Cameron Highland ni tetiba berminat sungguh nak masuk² hutan ni....

Jom tengok aktiviti² yang terdapat di Taman Negara Pahang ni....



Canopy Walk Away



Menarik wooo.....dengan ketinggian 45 meter tinggi dari tanah dan 510 meter panjang, ini lah jambatan gantung terpanjang di dunia. Ada berani???



Jungle Trekking



Bagi yang asik jalan² kat kolumpo tu...asik sedut asap lori, bas dan kereta je...aper kata kita kluorkan peluh barang setimba dua...kita berjalan dalam hutan.....just nak tengok pemandangan² dalam hutan. Kalo bernasib baik boleh la jumpa fauna² kat situ....Hehehehehe....



Observation Hide



Korang nak tengok hidupan liar??? Haaa..ni la tempatnya. 100% liar. Bukan macam dalam zoo. Binatang terkurung. Kalo kat sini korang kena duduk dekat rumah tinggi tu, kalo korang bernasib baik akan ada binatang yang datang dekat area² tu sebab nak minum air garam yang terhasil kat situ. Menarik woooo....di buatnya rimau datang...fuh!! Bak kata Kem Komandan Cameron Highland la.....vavi hutan besor kerbau pun ada kat hutan taman negara ni....



Rapid Shooting



Ayat diorang untuk trip rapid shooting ni ialah "Prepare to get wet". So...faham² je la. Tujuan nya untuk melawat kawasan petempatan orang asli. Bagi sesiapa yang tak pernah jumpa orang asli, ni diorang nak bawak korang kekawasan mereka. Korang tak seasli orang asli ni....Ooopss...sekarang dah jadi orang asal, jangan salah sebut. Nanti diorang marah.



Night Safari



Tu contoh binatang yang korang boleh jumpa kalo pergi nite safari. Naik 4WD yang disediakan, korang cuma perlu sediakan duit yang secukupnya sahaja. Selebihnya enjoy la trip melihat binatang secara dekat waktu malam. Jangan kena sondol sudah.



Night Jungle Walk



Tak puas lagi ke nak jalan waktu siang, jom kita jalan waktu malam pulak. Macam² binatang yang aktif pada waktu malam. Silap² gajah pun kome bleh jumpa. Hehehehe......



Fishing



Bagi korang yang minat mancing macam teman, takder masalah kalo bawak rod mancing korang. Bayor je lesen untuk memancing. Seorang di benarkan membawa 2 batang pancing sahaja. Dengor citer ikan kat situ besor².

So...aper lagi?? Ada minat nak pergi taman negara?? Tak payah kontek teman...teman bukan tourist guide atau tour agency. Teman hanya nak memikat korang yang asik nak melancong ke luar negara tu dan yang asik² nak gi pulau Langkawi.Bosan arrrr...... Amcam?? Ada berani???
Jumpa di sana.....sana......sana......

aDiOs!!

P/S: Cekkkkkk........amcam?? Hehehehehehehe......saper yang minat nak join kita set tarikh....kumpul duit sama²......

3 dah post, Teman tak larang nak cakap:

zura lias said...

pulau langkawi buhsan??tukar tempat nampak..mementang dah jumpa tempat baru..tp sape punye ideakan..ehem..ehem..*nak gak kredit*

Teman said...

CEyyyyyyy...tak habis² perasan dia la yg bagi idea...tapi memang....awak bagi idea korek idung pakai ibu jari tu saya bagi kredit....memang berguna untuk meluaskan lubang idung...

amcek said...

menarik tu memang le menarik, tapi kene le tunggu baby keluor dulu...

sekarang ni payah le sket...

bulan 4 dan ke atas, boleh le nak cari masa. sementara tu kumpui le duit cukup2...

kita jelajah taman negara.