"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Friday, November 14, 2008

Teman dan Kem Cameron Highland






Mari teman cerita perkhemahan teman di Cameron Highland....

Episod 1 Hari Pertama

Hari Jumaat pukul 4 petang teman dah tercongok depan perhentian bas di Medan Gopeng menunggu bas yg bertolak dari St. Michael. 3 jam perjalanan ke Cameron Highland buat mata tak boleh bukak. Pelajar tahun 4-6 dalam bas sepertinya tidak sabar untuk sampai ke kem perkhemahan. Teman?? Layan tido dulu.
Sampai tapak khemah, teman orang paling bising. Bergasak dengan budak yg sangat lembab nak pacakkan khemah. Bayangkan kalo hari dah gelap, budak masih keleleh² nak tegakkan khemah. Mana teman tak hangin. Pukul 8 baru semua khemah siap di pasang. Termasuk la khemah teman budak juga yang tegakkan.
Malam tu tiada program yang menarik, cuma paksaan terhadap budak untuk tidur tidak di patuhi. Maka nya 6 orang di tarik untuk menjalan kan program Nite Owl. Menangis gak la bila ader yang di tinggal keseorangan di tengah hutan Cameron tu. Sejuk nya jangan cerita la, bayangkan je kalo bercakap pun asap boleh keluar dari mulut. Macam kat England wooo.


Episod 2 Hari Kedua

Pagi² lagi budak dah bangun, bersedia untuk menerima arahan. Khemah yang sudah siap di periksa, senaman pagi yg lebih kepada buli budak; budak kemudiannya di arah untuk santapan pagi. Selepas sarapan, program pertama ialah pertandingan memasak nasik menggunakan kayu api. Dalam 10 kumpulan yg terlibat, hanya 2 sahaja yg nasiknya masak dan boleh di makan. Selebihnya, mentah, lembik malah ada yg hanya air dan beras di dalam periuk.
Kemudian jungle trek bermula, tak la jauh sangat. Lebih kurang 3 jam perjalanan pergi dan balik. Menara pandang yang di tuju pula hanya di naiki oleh guru² pengiring. Sela masa antara jungle trek dan menaiki menara pandang di gunakan oleh guru pengiring untuk menjalankan latihan ala tentera. Akibatnya...baju budak yang bersih terpalit lecah.
Malam tu malam kebudayaan, kerana ada kes yang tak dapat di elakkan, teman tak sempat untuk menonton persembahan kumpulan² yang terlibat.
Oleh kerana hujan yang sangat lebat di petang hari, ramai di antara khemah yang dinaiki air. Maka budak beramai² tido di bilik gerakan dan surau bagi yang beragama Islam. Teman? masih didalam khemah. Baru feel.......


Episod 3 Hari Kepulangan

Singgah di ladang teh untuk minum teh yang harga 6 cawan mencecah Rm 16. Gile...Kalo di kedai mamak boleh dapat 16 gelas yang lebih sedap rasanya. Selepas ladang teh bas menuju ke kedai menjual strawberi pula. Sempat juga la teman beli sayur dan jagung untuk orang rumah merasa ( mak pak teman). Sampai di St. Michael kemas barang dan member teman antor pulang ke rumah. Puas?? Bolehhhhh la....


P/S : Tahun depan dengar khabar, Pulau Pangkor menjadi destinasi...Perghhh...menarik tu! Ikuttttttt......


4 dah post, Teman tak larang nak cakap:

zura lias said...

chiiwahh...gambar yg bajet ensem tu..x lupe nk letak gak ek.. :D

Teman said...

Untuk :

Zura Lias ->

Hensem ker....tapi memang pun kan...gambo minum teh tu...

Anonymous said...

waa..da gemuk skrg..ati senang nampak..

Teman said...

Untuk :

Mia ->

dah gumuk ke?? hahahahaha....rasa macam menten jer dari dulu....