"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Wednesday, October 22, 2008

Teman dan Discovery Channel


Korang ada Astro??
Ada amik channel 551 tak?
Pernah tengok?
Tak minat?
Takpe...
Teman minat....
Meh sini teman cerita pasal aper teman minat tengok channel 551 ni...
Teman tengok 3 rancangan je dalam channel ni...
Selalunya sure tak miss tiap² minggu....


Rancangan Yg Pertama


Deadliest Catch

Rancangan yang mengisahkan nelayan Laut Bearing menangkap ketam berdekatan dengan Alaska. Kerja dia orang ni tangkap ketam sahaja. Ada 2 jenis ketam sahaja yang dia orang tangkap, King Crab dengan Oppilio Crab. Terdapat dua musim yang berbeza. Musim King Crab bermula pada bulan Oktober dan musim Oppilio pada bulan Januari. Perkerjaan mereka telah diperakui sebagai pekerjaan paling berbahaya di dunia. Kalau tak percaya korang boleh saksikan sendiri. Klik kat tajuk dia tu. Kat situ teman dah link ke homepage Discovery Channel. Kalo tak puas, tonton Deadliest Catch di Channel 551 Astro pada hari Isnin jam 11 malam.





Rancangan Yg Ke-2


Man vs Wild

Nama host dia Edward Michael "Bear" Grylls. Lahir di Bembridge, Isle of Wight,UK. Rancangan ni mengisahkan si Bear Grylls ni meredah hutan, gurun, padang pasir, bukit bukau hanya nak mengajar kita bagaimana nak selamat jika kita pulak yang berada di situ. Dia pertontonkan ilmu yang dia ada untuk kita pelajari sekiranya kita berada pada keadaan itu. Menariknya rancangan ni kerana ketika dia menjelajah tu, dia hanya membawa barangan keperluan yang sangat asas. Bayangkan malam tido pun tanpa khemah. Makanan dan minuman pun dia tak bawak. Bayangkan kalo korang dalam keadaan darurat dan terpaksa minum air dari perut unta ketika di gurun Sahara atau makan daging Impala yang sudah menjadi bangkai selepas di ratah harimau kumbang. Tak percaya? Klik kat Man vs Wild atas tu. Pergi tonton sendiri kat Channnel 551 Astro pukul 10 malam hari Selasa.


Rancangan Yg Ke-3



MythBusters

Mythbusters ni pulak rancangan sains. Host dia ada dua orang, Adam Savage dan Jamie Hyneman. Rancangan ni menarik minat teman sebab diorang ni beserta pembantu² nya, Tory Belleci, Grant Imahara dan Kari Byron membuktikan segala mitos yang ada di dunia ni. Contoh nya, korang pernah tak dengar tak boleh menggunakan telefon bimbit ketika mengisi minyak di stesen minyak, hmmm....itu juga mitos dan mereka telah berjaya membuktikan tidak akan berlaku kebakaran sekiranya ia di lakukan. Yang lain korang bleh tengok sendiri di Channel 551 Astro hari Khamis pukul 10 malam.


Sekian rancangan² yang menarik untuk tontonan korang semua. Adios!!

P/S: Korang bleh search kat Google untuk ke Webpage mereka sendiri.

3 dah post, Teman tak larang nak cakap:

Anonymous said...

bang..rancangan astro ria xleh masuk dlm blog ke? hakhakhak..

Anonymous said...

encik, rancangan astro ceria takde dlm list?

Geng...geng..geng bas skolah! channel 611

Teman said...

Untuk :

Peminat Slam Dunk ->

Takkan nak review Renjis plak...tak pun citer Gegar U...Boring nya...tak ilmiah lansung

Anonymous ->

Rancangan Astro Cer?? Hehehehhe....tak pernah tengok pun....

Psssstt...Lain kali tulis le nama penuh.....bleh datang balas melawat blog....