"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Tuesday, October 14, 2008

Teman dan Buffet Ramadhan

Oppss...
Sekarang dah Syawal...
Teman cuma nak mengimbau sket jer pasal bulan puasa ari tu...
Sebab ader suatu hari di bulan puasa tu teman bukak puasa di Hotel Grand Continental....
Makanan dia memang banyak....
Dan memang puas hati...
Mana tak puas hati kalo dah kena bayor sampai 50 hengget sorang...
Errr....Teman bayor 100 hengget sebab pergi 2 orang....
Teman bukan nak cerita teman makan lauk aper...
Cuma teman nak bagi tips lebih kurang kalo makan buffet ni...
Tak kira time bulan puasa atau tak....
Bukan per...
Bayar mahal² tapi makan nya sikit....
Terasa la rugi...
Okies....

1. Kalo makan buffet jangan amik makanan sekali banyak sampai atas meja ader 4-5 pinggan macam² jenis. Inikan bukan aper, hanya untuk mengelakkan pembaziran. Tambahan masa bulan puasa, sebelum berbuka macam² yang kita nak makan tapi tak semua yang kita ambil kita makan. Memang kita bayor semua tu, tapi takkan la nak ambil even kita tak makan.

2.Elakkan dari mengambil sesuatu jenis lauk terlalu banyak juga dapat mengelakkan kita terus kenyang dan tersadai walau macam² jenis lagi kita tak rasa, pihak hotel memberi masa yang cukup lama untuk kita rasa semua jenis lauk. Biar banyak jenis tapi sedikit² setiap satunya.

3. Jangan ambil terlalu banyak nasi. Maklum la kita ni orang Malaysia, nasik kita ambil banyak maka kita cepat akan kenyang. Kurang kan nasik dan lebihkan jenis² lauk.

4. Kurangkan minum air, yang ni time bulan puasa memang la susah. Tetapi jika kita kurang minum air, kita lambat rasa kenyang. Jika lambat rasa kenyang, macam² jenis lauk kita dapat rasa. Nak minum air, selepas puas makan takpe.

5. Ambil makanan yang kita tak biasa makan. Contohnya; jika dihidangkan ayam goreng, takkan itu yang kita cekau dulu. Lauk seperti itu di rumah pun kita boleh rasa. Ayam KFC lagi sedap dari ayam goreng di hotel².

6. Pastikan hotel tersebut mempunyai kawasan yang luas dewan makannya bagi mengelakkan berebut² semasa mengambil makanan.

7. Yang terakhir dan paling penting yang teman nak sampaikan sebenornya yang no 7 ni. Jika pergi berdua atau lebih dan anda yang bayor, pastikan mereka berada di tahap maksimum kelaparannya. Kalau boleh jadikan mereka seperti orang Somalia dahulu, kalo tidak baik bawak orang Somalia je sebab kalo teman yang anda bawa makan tu sedikit sudah tentu tak berbaloi.

Sekian.
Chow chin chow kit road.

P/S : Orang yang mengaku kurus kurang sesuai di bawa makan buffet kerana itu hanya pengakuan, bukan kenyataan.

2 dah post, Teman tak larang nak cakap:

zura lias said...

Orang yang mengaku kurus kurang sesuai di bawa makan buffet kerana itu hanya pengakuan, bukan kenyataan.

->siapakah yg kurus? *check2 diri sendiri..saya kurus..hikss...

Teman said...

Untuk :

Zura Lias --> tak faham syudah...