"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Wednesday, November 19, 2008

Teman dan Aktiviti Hobi

Meh sini teman cerita hobi teman....
Mungkin ramai yg boleh agak dengan entry² yang sebelum ni...
Tapi teman tetap nak cerita gak....


Memancing

Ini la aktiviti feberet teman. Teman blajor memancing dari adik teman. Nama dia cek.
Dulu kita orang mancing pun pasal dia berjaya memolo sorang sepupu kita orang mancing di lombong. Sudahnya kita orang yang addicted dengan aktiviti ni. Dulu sebelum dia kawin takat Jambatan Bainun dekat Manjung tu selalu gak la jadi tumpuan. 24 jam dok kat situ. Lepas dia dok kl, teman rapat dengan cikgu² dari St. Michael Ipoh. Diorang pun jenis kaki pancing. Aper lagi.....naik bot ke laut plak la. Mula dengan mancing lombong sampai la ke pancing dari atas bot. Dulu sanggup habiskan duit mancing kat kolam bayor. Ikan nya hampeh. Sekarang dah tak minat dah. Kumpul duit pergi mancing atas bos lagi menarik. Orang kata pemancing ni membazir. Terpulang la...tapi dengan memancing teman berjaya develope kesabaran teman. Dulu memang jenis cepat nak marah. Bila dah memancing kita kena sabor, tahu teknik dan rezeki yang di anugerahkan, sure kita berhasil. Maka dengan itu juga la teman aplikasi kan dalam hidup. Syukur setakat ni ia berjaya. Teman mancing ikan....bukan pancing orang. Kalo dah kawin nanti wife tak bagi teman keluor mancing ikan, teman karate dia. Elok² teman mancing ikan kang teman mancing pompuan lagi la dia susah. Betui tak adik manis???


Perkhemahan

Ni satu lagi aktiviti yang teman suka. Kebetulan geng² mancing ni pun satu minat gak. Kalo bab² nak bercamping diorang ni memang laju. Bila sampai tapak khemah tau jer aper nak buat. Pernah teman pergi dengan member yang tak baper pandai nak camping. Aduih....letih woooo. Mana tak nya setiap perkerjaan nak buat dia nak tanya. Sudahnya dia ngomel sorang². Aper nak kata. Satu jenis lagi yang pergi bawak awek. Haaaa..yang ni pun teman tak baper gemor. Asik nak berkepit. Agak² la.....bukan wife pun lagi. Bila dah camping sure ader jungle trekking. Seronok wooo jalan² dalam hutan. Memang adventure. Teman ingat tahun depan teman nak plan camping beramai² kat hutan Taman Negara la. Kalo ader sambutan la. Maklum la.....masing² dah beranak bini.


Melancong

Melancong tak semestinya ke luar negeri. Dalam negeri pun okies per. Banyak lagi tempat dalam negeri yang kita tak pergi lagi kan. So...ni salah satu aktiviti yang teman minat. Cuma nya teman tak baper gemor pergi dengan tour guide. Lebih kepada back packers. Jalan sendiri² macam pelancong omputih yang datang Malaysia tu. Sies menarik wooo....Teman pernah buat sekali. Tak jauh la...just Cameron Highland. Tapi masa tu umor baru 18 tahun. Naik Cameron sorang² naik bas lompat. Pastu jalan sorang² kat sana. Malam tido dekat rumah kongsi pakcik teman. Mandi air bukit. Giler sejuk. Lepas ni teman nak buat lagi...tapi kalo dah kawin, bleh pergi ngan orang rumah. Cek....bukan kamu nak camtu gak ke.....Onim camner?


Berenang

Dulu masa teman dok kondo kat Bukit Antarabangsa, teman selalu berenang. Situ ader pool. Kat situ juga la teman belajor aper itu berenang. Sekarang dah mahir sket. Cek bila nak ajor yop kuak dada tu lagi???. Teman harap teman dapat jumpa wife yang pandai berenang. Kalo jatuh dalam pool teman bleh tolong tengok je sebab dia bukan tak reti berenang tapi kalo wife yang tak pandai berenang camner plak.....hmmmm......kelas renang banyak disediakan. Sila lah join. Tu wajib tu. Ingat tu wajib tu bagi sesiapa yang berkenaan la.

Main Gitar

Teman tak pandai mana main gitar. Boleh la sikit². Takat bunyi greng² masuk lagu tu boleh la. Nak kata terer sangat tu tidak cumanya ader gak la orang terpukau bila teman main lagu Unitended dari Muse tu. Dah lama teman tak main gitar. Cis! Kemana menghilang gitar ku ini???
Ada sesiapa nak hadiahkan gitar letrik tak?? Sumpah teman jaga bagai menatang minyak yang penuh......


Teman cuma manusia biasa je. Mungkin lain orang, lain hobinya. Teman orang kampung maka hobi pun agak kekampungan. Orang Kolumpo maybe hobi dia masuk disko or pub. Hobi teman masuk hutan. Mungkin orang Kolumpo hobi dia lumba kereta or motosikal. Hobi teman lumba kuda longkang. Mungkin orang Kolumpo hobi dia shopping². Teman tak banyak duit, hobi teman cari duit. Mungkin orang Kolumpo hobi dia beli sluor Levi's. Hobi teman beli seluor bundle. Mungkin orang Kolumpo hobi dia beli minyak wangi macam² jenis. Hobi teman minyak wangi satu bau, peluh sendiri je.
Tapi setakat ni teman bersyukur ngan aper yang ada. Melebih² sangat tu tak best gak.
Ada yang sudi nak kat teman ker??? Hahahahaha....macam entry cari wife la plak......

aDiOs!!
cHiOw cHiN cHiOw KiT rOaD.....

P/S : Teman orang kampung.....

Tuesday, November 18, 2008

Teman dan Taman Negara


Pagi tadi surf....
Terjumpa satu site ni.....

http://www.taman-negara.com/



Lepas balik dari Cameron Highland ni tetiba berminat sungguh nak masuk² hutan ni....

Jom tengok aktiviti² yang terdapat di Taman Negara Pahang ni....



Canopy Walk Away



Menarik wooo.....dengan ketinggian 45 meter tinggi dari tanah dan 510 meter panjang, ini lah jambatan gantung terpanjang di dunia. Ada berani???



Jungle Trekking



Bagi yang asik jalan² kat kolumpo tu...asik sedut asap lori, bas dan kereta je...aper kata kita kluorkan peluh barang setimba dua...kita berjalan dalam hutan.....just nak tengok pemandangan² dalam hutan. Kalo bernasib baik boleh la jumpa fauna² kat situ....Hehehehehe....



Observation Hide



Korang nak tengok hidupan liar??? Haaa..ni la tempatnya. 100% liar. Bukan macam dalam zoo. Binatang terkurung. Kalo kat sini korang kena duduk dekat rumah tinggi tu, kalo korang bernasib baik akan ada binatang yang datang dekat area² tu sebab nak minum air garam yang terhasil kat situ. Menarik woooo....di buatnya rimau datang...fuh!! Bak kata Kem Komandan Cameron Highland la.....vavi hutan besor kerbau pun ada kat hutan taman negara ni....



Rapid Shooting



Ayat diorang untuk trip rapid shooting ni ialah "Prepare to get wet". So...faham² je la. Tujuan nya untuk melawat kawasan petempatan orang asli. Bagi sesiapa yang tak pernah jumpa orang asli, ni diorang nak bawak korang kekawasan mereka. Korang tak seasli orang asli ni....Ooopss...sekarang dah jadi orang asal, jangan salah sebut. Nanti diorang marah.



Night Safari



Tu contoh binatang yang korang boleh jumpa kalo pergi nite safari. Naik 4WD yang disediakan, korang cuma perlu sediakan duit yang secukupnya sahaja. Selebihnya enjoy la trip melihat binatang secara dekat waktu malam. Jangan kena sondol sudah.



Night Jungle Walk



Tak puas lagi ke nak jalan waktu siang, jom kita jalan waktu malam pulak. Macam² binatang yang aktif pada waktu malam. Silap² gajah pun kome bleh jumpa. Hehehehe......



Fishing



Bagi korang yang minat mancing macam teman, takder masalah kalo bawak rod mancing korang. Bayor je lesen untuk memancing. Seorang di benarkan membawa 2 batang pancing sahaja. Dengor citer ikan kat situ besor².

So...aper lagi?? Ada minat nak pergi taman negara?? Tak payah kontek teman...teman bukan tourist guide atau tour agency. Teman hanya nak memikat korang yang asik nak melancong ke luar negara tu dan yang asik² nak gi pulau Langkawi.Bosan arrrr...... Amcam?? Ada berani???
Jumpa di sana.....sana......sana......

aDiOs!!

P/S: Cekkkkkk........amcam?? Hehehehehehehe......saper yang minat nak join kita set tarikh....kumpul duit sama²......

Monday, November 17, 2008

Teman dan Ikariam





Ikariam??
Ape menatang Ikariam tu?
Meh sini teman cerita....
Ikariam ni satu permainan secara online...
Kalau korang pernah main Sid Meir Civilization...
Makanya lebih kurang macam tu la game dia....
Yang beza kita main secara online....
Boleh la kalo nak kenal orang dari luar negara......

Ni contoh muka depan game teman......
Sekarang teman dah ada 4 bandar....
Setiap bandar terletak didalam satu pulau....
Dan setiap pulau....menghasilkan sesuatu yang berbeza²...
Terdapat 4 source yang berbeza....
Wine, Crystal Glass, Sulphur dan Marble....
Setiap item tersebut mempunya fungsi yang berlainan...

Haaa...
Sukakan peperangan???
Didalam Ikariam juga anda boleh berperang...
Bina askar dan kapal perang anda....
Hantar sahaja ke bandar orang...
Dan anda mungkin berjaya menawan bandar tersebut.....
Hehehehe..pastikan anda mempunya kekuatan militri yang kuat dahulu sebelum berperang...

Anda suke trade??
Didalam Ikariam anda boleh berdagang....
Anda boleh membeli dari pemain di sekitar anda....
Sediakan sahaja gold yang mencukupi...
Dari wine sehingga sulphur....
Aper sahaja....anda boleh berjual beli....

Anda suka membina?
Bandar anda bukan statik....
Ia akan makin berkembang....
Upgrade bandar anda...
Anda akan dapat melihat perubahan bandar anda dari kecil sehingga besar....

Spy??
Yeahh....
Anda juga boleh menghantar spy ke bandar lain...
Selalunya diguna untuk mendapatkan maklumat sebelum serangan dilakukan...

Penyelidikan...
Upah penyelidik...
Mereka akan menjalankan penyelidikan untuk anda....
Dari sekecil kapal sehingga la ke submarine...
Dari askar yg menggunakan lastik....
Sampai la askar robotik.....




Korang juga boleh baca selanjutnya di ikariam.
Jom join teman main Ikariam.....
Masuk world My....
Cari nickname Ronoroa Zoro.....
Jangan terkejut kalau suatu ari nanti teman hantar angkatan perang ke bandar korang...
Muhahahahaha.....
aDiOs!!!


P/S: Teman dah addicted dengan game ni....Serius setiap hari sekurang²nya sekali wajib bukak game ni.....Macam ketua negara wooooo.....

Sunday, November 16, 2008

Teman dan Unit Terapi Si Perempuan Yang Meroyan

Baca kat sini dan kat sini dulu....
Faham??
Tak faham.....
Kalo tak faham rasanya korang memang tak memahami perasaan orang meroyan...
Sama la kita....
Tak faham betul orang pompuan ni.....
Sikit² nak meroyan pastu nak masuk unit terapi.....
Isk rasanya Hospital Bahagia Tanjung Rambutan tu banyak lagi katil nya...
Nak je teman tempahkan katil untuk mereka² ni....
Payah sungguh la si nama perempuan ni....
Kita lahir ikut dia...
Tapi kenapa akal sang lelaki lebih jauh melangkau berbanding mereka...
Kadang².....Setiap tindakan mesti disusuli pengaruh perasaan..
Sepertinya tindakan tak pernah rasional...
Dengar sini wahai perempuan.....
Kamu dijadikan Allah punyai kelebihan yang tak ada pada sang lelaki......
Jangan jadikan kelebihan itu satu kekurangan pada kamu....
Gunakan ia sebaik mungkin...
Ikut hati mati...
Ikut rasa binasa...
Jangan tanya teman kelebihan yg kamu ada wahai perempuan?
Kamu patut tahu kelebihan sendiri yang kamu ada.....
Hilangkan royanan...pikir secara logik...ingat Allah....
Jangan kerana orang lain, fikiran melayang jauh lalu syaitan pengaruhi dirimu....
Fikir²kan la setiap tindakan...
Wahai perempuan...
Kamu perlu seorang lelaki baik di sampingmu untuk menuntun ke jalan yang benar...
Jangan pula kamu campak lelaki itu jauh darimu...
Pasti sengsara hidup kamu di kemudian hari.....
aDiOs!!

P/S: Teman kalo dah mengamuk siap la korang wahai perempuan....

Friday, November 14, 2008

Teman dan Kem Cameron Highland






Mari teman cerita perkhemahan teman di Cameron Highland....

Episod 1 Hari Pertama

Hari Jumaat pukul 4 petang teman dah tercongok depan perhentian bas di Medan Gopeng menunggu bas yg bertolak dari St. Michael. 3 jam perjalanan ke Cameron Highland buat mata tak boleh bukak. Pelajar tahun 4-6 dalam bas sepertinya tidak sabar untuk sampai ke kem perkhemahan. Teman?? Layan tido dulu.
Sampai tapak khemah, teman orang paling bising. Bergasak dengan budak yg sangat lembab nak pacakkan khemah. Bayangkan kalo hari dah gelap, budak masih keleleh² nak tegakkan khemah. Mana teman tak hangin. Pukul 8 baru semua khemah siap di pasang. Termasuk la khemah teman budak juga yang tegakkan.
Malam tu tiada program yang menarik, cuma paksaan terhadap budak untuk tidur tidak di patuhi. Maka nya 6 orang di tarik untuk menjalan kan program Nite Owl. Menangis gak la bila ader yang di tinggal keseorangan di tengah hutan Cameron tu. Sejuk nya jangan cerita la, bayangkan je kalo bercakap pun asap boleh keluar dari mulut. Macam kat England wooo.


Episod 2 Hari Kedua

Pagi² lagi budak dah bangun, bersedia untuk menerima arahan. Khemah yang sudah siap di periksa, senaman pagi yg lebih kepada buli budak; budak kemudiannya di arah untuk santapan pagi. Selepas sarapan, program pertama ialah pertandingan memasak nasik menggunakan kayu api. Dalam 10 kumpulan yg terlibat, hanya 2 sahaja yg nasiknya masak dan boleh di makan. Selebihnya, mentah, lembik malah ada yg hanya air dan beras di dalam periuk.
Kemudian jungle trek bermula, tak la jauh sangat. Lebih kurang 3 jam perjalanan pergi dan balik. Menara pandang yang di tuju pula hanya di naiki oleh guru² pengiring. Sela masa antara jungle trek dan menaiki menara pandang di gunakan oleh guru pengiring untuk menjalankan latihan ala tentera. Akibatnya...baju budak yang bersih terpalit lecah.
Malam tu malam kebudayaan, kerana ada kes yang tak dapat di elakkan, teman tak sempat untuk menonton persembahan kumpulan² yang terlibat.
Oleh kerana hujan yang sangat lebat di petang hari, ramai di antara khemah yang dinaiki air. Maka budak beramai² tido di bilik gerakan dan surau bagi yang beragama Islam. Teman? masih didalam khemah. Baru feel.......


Episod 3 Hari Kepulangan

Singgah di ladang teh untuk minum teh yang harga 6 cawan mencecah Rm 16. Gile...Kalo di kedai mamak boleh dapat 16 gelas yang lebih sedap rasanya. Selepas ladang teh bas menuju ke kedai menjual strawberi pula. Sempat juga la teman beli sayur dan jagung untuk orang rumah merasa ( mak pak teman). Sampai di St. Michael kemas barang dan member teman antor pulang ke rumah. Puas?? Bolehhhhh la....


P/S : Tahun depan dengar khabar, Pulau Pangkor menjadi destinasi...Perghhh...menarik tu! Ikuttttttt......