"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Sunday, November 16, 2008

Teman dan Unit Terapi Si Perempuan Yang Meroyan

Baca kat sini dan kat sini dulu....
Faham??
Tak faham.....
Kalo tak faham rasanya korang memang tak memahami perasaan orang meroyan...
Sama la kita....
Tak faham betul orang pompuan ni.....
Sikit² nak meroyan pastu nak masuk unit terapi.....
Isk rasanya Hospital Bahagia Tanjung Rambutan tu banyak lagi katil nya...
Nak je teman tempahkan katil untuk mereka² ni....
Payah sungguh la si nama perempuan ni....
Kita lahir ikut dia...
Tapi kenapa akal sang lelaki lebih jauh melangkau berbanding mereka...
Kadang².....Setiap tindakan mesti disusuli pengaruh perasaan..
Sepertinya tindakan tak pernah rasional...
Dengar sini wahai perempuan.....
Kamu dijadikan Allah punyai kelebihan yang tak ada pada sang lelaki......
Jangan jadikan kelebihan itu satu kekurangan pada kamu....
Gunakan ia sebaik mungkin...
Ikut hati mati...
Ikut rasa binasa...
Jangan tanya teman kelebihan yg kamu ada wahai perempuan?
Kamu patut tahu kelebihan sendiri yang kamu ada.....
Hilangkan royanan...pikir secara logik...ingat Allah....
Jangan kerana orang lain, fikiran melayang jauh lalu syaitan pengaruhi dirimu....
Fikir²kan la setiap tindakan...
Wahai perempuan...
Kamu perlu seorang lelaki baik di sampingmu untuk menuntun ke jalan yang benar...
Jangan pula kamu campak lelaki itu jauh darimu...
Pasti sengsara hidup kamu di kemudian hari.....
aDiOs!!

P/S: Teman kalo dah mengamuk siap la korang wahai perempuan....

Friday, November 14, 2008

Teman dan Kem Cameron Highland






Mari teman cerita perkhemahan teman di Cameron Highland....

Episod 1 Hari Pertama

Hari Jumaat pukul 4 petang teman dah tercongok depan perhentian bas di Medan Gopeng menunggu bas yg bertolak dari St. Michael. 3 jam perjalanan ke Cameron Highland buat mata tak boleh bukak. Pelajar tahun 4-6 dalam bas sepertinya tidak sabar untuk sampai ke kem perkhemahan. Teman?? Layan tido dulu.
Sampai tapak khemah, teman orang paling bising. Bergasak dengan budak yg sangat lembab nak pacakkan khemah. Bayangkan kalo hari dah gelap, budak masih keleleh² nak tegakkan khemah. Mana teman tak hangin. Pukul 8 baru semua khemah siap di pasang. Termasuk la khemah teman budak juga yang tegakkan.
Malam tu tiada program yang menarik, cuma paksaan terhadap budak untuk tidur tidak di patuhi. Maka nya 6 orang di tarik untuk menjalan kan program Nite Owl. Menangis gak la bila ader yang di tinggal keseorangan di tengah hutan Cameron tu. Sejuk nya jangan cerita la, bayangkan je kalo bercakap pun asap boleh keluar dari mulut. Macam kat England wooo.


Episod 2 Hari Kedua

Pagi² lagi budak dah bangun, bersedia untuk menerima arahan. Khemah yang sudah siap di periksa, senaman pagi yg lebih kepada buli budak; budak kemudiannya di arah untuk santapan pagi. Selepas sarapan, program pertama ialah pertandingan memasak nasik menggunakan kayu api. Dalam 10 kumpulan yg terlibat, hanya 2 sahaja yg nasiknya masak dan boleh di makan. Selebihnya, mentah, lembik malah ada yg hanya air dan beras di dalam periuk.
Kemudian jungle trek bermula, tak la jauh sangat. Lebih kurang 3 jam perjalanan pergi dan balik. Menara pandang yang di tuju pula hanya di naiki oleh guru² pengiring. Sela masa antara jungle trek dan menaiki menara pandang di gunakan oleh guru pengiring untuk menjalankan latihan ala tentera. Akibatnya...baju budak yang bersih terpalit lecah.
Malam tu malam kebudayaan, kerana ada kes yang tak dapat di elakkan, teman tak sempat untuk menonton persembahan kumpulan² yang terlibat.
Oleh kerana hujan yang sangat lebat di petang hari, ramai di antara khemah yang dinaiki air. Maka budak beramai² tido di bilik gerakan dan surau bagi yang beragama Islam. Teman? masih didalam khemah. Baru feel.......


Episod 3 Hari Kepulangan

Singgah di ladang teh untuk minum teh yang harga 6 cawan mencecah Rm 16. Gile...Kalo di kedai mamak boleh dapat 16 gelas yang lebih sedap rasanya. Selepas ladang teh bas menuju ke kedai menjual strawberi pula. Sempat juga la teman beli sayur dan jagung untuk orang rumah merasa ( mak pak teman). Sampai di St. Michael kemas barang dan member teman antor pulang ke rumah. Puas?? Bolehhhhh la....


P/S : Tahun depan dengar khabar, Pulau Pangkor menjadi destinasi...Perghhh...menarik tu! Ikuttttttt......


Wednesday, November 12, 2008

Teman dan Kepeningan

Cerita Cameron tak mula lagi....
Badan masih belum di adaptasi dengan persekitaran...
Suhu yang sejuk di Cameron...
Suhu yang panas di Ipoh....
Buat tekak teman rasa perit....
Hutang milo ais makin bertambah *sigh*
Dia dah reveal di sini....
Korang boleh baca syarat² pertandingan tersebut....
Aduih....
Suara teman masih belum balik dari Cameron agaknya...
Serak macam Ramli Sirap....
Cis....
Nantila kalo ada masa teman cerita pasal trip Cameron...
Syok wooo......
aDiOs!!

P/S: Cik Kriesz.......milo ais 1st tu camner nak kira tu.....

Friday, November 7, 2008

Teman dan Bini Tukang Kasut

Teman : Akak...kasut saya dah siap?

Bini Tukang Kasut (BTK) : Kasut yang macam mana?

Teman : Kasut macam kasut sukan tu...

BTK : Macam kasut but tu ye....

Teman : A'ah....

BTK : Dah siap...tapi dekat abang la...dia tak sampai lagi...

Teman : Aduih....Lama ke lagi kak....

BTK : Biasa kalo waktu camni dia dah sampai dah.....

Terdiam.....Bosan la plak....

Teman : Akak tinggal mana?

BTK : Kg. Melayu....belakang Megoplex tu....

Teman : Akak orang mana?

BTK : Indonesia....Medan...tapi orang Melayu...

Teman : Woooo......(dah tak tau nak tanya aper)

Toooot....Toooottt...Tooot...

BTK : Kamu asik mintak duit je......Itu hari dah bagi...Ini mahu lagi....Gaji kamu buat aper....Nanti la bulan 12.....Kamu ingat mak kamu cop duit ke.....

Teman : Abang tepon ke?? ( saje jer walau aku tau anak dia)

BTK : Anak.....asik mintak duit aje.....Dulu kerja disini...Tak betah....asik pergi Megoplex tukar telefon.....Sekarang di Kuala Lumpur....mintak duit katanya nak baiki motor...

Teman : (Senyum)

BTK : Haaaa...tu abang dah sampai....

Selepas mencari di dalam beg....Kasut teman di keluarkan...

Teman : Baper Kak?

BTK : Ari tu abang kata berapa?

Teman : Ntah...lupa pulak...

Tukang Kasut : 18 Ringgit...

Ceshhhh..penat aku ngorat akak ni....Alih² harga sama jer macam dia cakap ari tu....
Rabak 18 hengget nak pergi Cameron Highland punyer pasal....

P/S : Duit dah abis kat kasut.....maka takder la Milo Ais ekkk.....Boleh???

Thursday, November 6, 2008

Teman dan Cameron Highland

Esok teman akan memulakan pengembaraan ke CAmeron Highland...
Ada camping bersama cikgu² sekolah beserta anak murid mereka...
Teman di jemput secara rasminya untuk memeriahkan majlis....
Mungkin teman tak dapat update blog pada hari Sabtu dan Ahad....
Dan pastinya terhutang la milo ais untuk hari itu...
Ader sesiapa nak tolong bayorkan??

aDiOs!!

P/S: Cik Kriesz.....ari sabtu dan ahad jangan update blog bleh tak??? pleaseeee....