"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Thursday, September 11, 2008

Teman dan Imam Masjidil Haram

Errmm.....Sempena bulan Ramadhan ni teman nak ajak mengkome sumer kenal sorang Imam ni...
Kalo kome rajin nonton Terawikh dari Mekah sure korang kenal Imam ni...
Nama imam ni Sheikh Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais an-Najdi.
Kome bleh baca riwayat imam ni kat Wikipedia.
Aku tak jamin ler citer kat Wikipedia tu tepat 100% tapi masih bleh diterima akal la fakta² berkaitan Imam Masjidil Haram ni.
Satu lagi.
Kalo ader sesiapa yang berminat nak dengor dia mengaji korang bleh download kat sini.
Mungkin tu blog dia sendiri kot. Ntah ler.
Janji dapat dengor mengaji.
Kalo asik dengor Ungu, Spider or Mawi jer.
Aper salah dengor mengaji Imam yang sorang ni plak.
Selain tu Imam ni ader baca Qunut Nazilah masa terawikh.
Jom kita dengor sama².
Kalo boleh fahamkan maksudnya.
Mau menitik air mata dibuatnya.
Teman harap di bulan Ramadhan ni sama² la kita menginsafi diri kita dan perbanyakkan amal ibadat dan sedekah semoga kita beroleh ketakwaan.
InsyaAllah.
Jumpa lagi.

0 dah post, Teman tak larang nak cakap: