"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Friday, August 8, 2008

Teman dan Entry Terima Kasih

Mior Mohd. Shahriman
http://namirhahs.blogspot.com/


Cik Nur Azura Bt. Alias
http://kriesz.blogspot.com/ 8/8/2008


Cik,

Ucapan Terima Kasih


Berhubung perkara di atas, saya Mior Mohd. Shahriman ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada cik di atas kesudian Cik menulis entry khas untuk saya. Walaupun pada Cik entry itu hanya entry biasa, tetapi besar maknanya kepada saya.

2. Cuma terdapat sedikit kekurangan pada entry Cik tersebut dimana saya akan menambah baik nya di sini. Adalah satu kemusykilan kepada saya dimana tidak terdapatnya gambar-gambar Cik di entry tersebut. Seperti yang kelihatan hanya gambar saya sahaja yang di publish. Sesungguhnya saya adalah orang yang sangat pemalu dan apabila kejadian ini terjadi tidak lah ia menambahkan kemaluan saya.

3. Maka di sini saya mengepilkan sekali gambar-gambar Cik yang mungkin ingin ditatap oleh peminat-peminat cyber cik di luar sana. Diharap sudilah cik menerima seadanya gambar-gambar yang saya sertakan sekali bersama entry ini.






Sekian sahaja entry saya, segala kesulitan amatlah dikesali. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik yang sudi meluangkan masa bersama saya.

Terima Kasih Daun Keladi,
Bila kita nak pergi lagi??

Yang Benar,

Mior Mohd. Shahriman




Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak perlu ditandatangani.




2 dah post, Teman tak larang nak cakap:

Anonymous said...

ehem,ehem..awekkah ini?terlepas le peluang saya nampaknya..waaa

Teman said...

errkkk...masih berpeluang...sila isi borang, tolong amik borang di kaunter depan n sertakan gambar berukuran pasport...jangan lupa yer....