"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Wednesday, June 18, 2008

Teman dan Trip Memancing Yg Kumpau

Arghhh...
Dah lama sangat teman tak menulis.
Sebab kurang bahan penceritaan.
Setelah didesak².
Baru le teman nak kembali menulis.
Meh sini teman nak cerita trip memancing yg kumpau dek tekong bot.

Dulu...
Teman dah pernah pergi trip memancing di Pulau Pangkor.
(Sesapa yg tak tau baca kat sini)
Jadi trip kali ni adalah untuk mengulang ke tempat yg sama.

Trip di kelolakan oleh kawan teman.
Memula masa telefon tu kata nak pergi sampai Pulau Sembilan....
Tetapi tekong bot kata...."Pulau Sembilan tak boleh, sekarang time ribut. Kalo nak pergi Pangkor tu boleh la"
Maka perjanjian dibuat trip kali ni mengulang untuk ke Pulau Dua di sekitar Pangkor sekali lagi.
Maka persediaan trip kali ni juga rapi supaya kejadian joran patah 3 tidak berlaku lagi.
Masing mempersiapkan joran yang lebih mahal dan lebih kukuh.
Tambahan pula, trip kali ni pergi dengan menaiki bot yang lebih besar dan pemancing yg lebih ramai.

Maka pada 14hb Jun 2008, seawal pagi teman and the gang dah bersiap untuk ke Pantai Remis.
Janji dengan tekong bot pukul 12 tengah hari.
Singgah di Setiawan untuk membeli udang hidup 240 ekor (walau kemudian mati kesemuanya sebelum sempat di bawa ke dalam bot sebab lemas, maklum le dok dalam air, lemas le deme)

Sampai di jeti pukul 12, naik bot pukul 1. Tak ke hangin dibuatnyer. Janji kelin betui le tekong ni.
Tercangak² kita orang kat jeti di bawah terik sinar mentari. CesH! Belum aper² tekong bot dah buat hal.

Pukul 1 kami memulakan perjalanan ke port yg pertama, berdekatan pantai Pasir Panjang. Tekong nak masak nasik dan lauk untuk makan tengah hari walaupun kami dah mentekedarah sebelum tu di rumah sorang sepupu ahli pemancingan.

Port pertama tu kelihatan umpan yang di labuhkan ke air tidak mendapat sambutan. Maka selepas makan kami meminta tekong untuk ke Pulau Pangkor seperti yang di janjikan. Dengan muka terkulat², tekong bot berkata " Bot ni takder lesen bawak orang mancing, ni bot kerja, takat mancing area pantai remis boleh le. Kat sini pun ikan besor², Jenahak, Pari dan Kerapu besor² lengan." Dan² itu teman rasa nak besit je tekong tu ngan joran 8' teman.

Kami dah mula panas. Janji nye ke Pulau Pangkor. Alih² keluor alasan bodoh cam gamp ni. Tetapi ape nak kata. Bot dah naik. Maka pusing je le area Pasir Panjang, Batu Hilal dan Pulau Talang. Malangnya tiada satu tempat pun kami menerima regutan seperti yang di harapkan. Mata kail yang di bawak semua untuk saiz ikan 2-3 kg ke atas. Kalaupun ader yg menyambar cuma anak ikan. Ikan gelama dan gerut barangkali. Ikan yang kami boleh pancing tanpa naik bot berbayar sampai Rm400.

Malam tu teman menerima panggilan dari seseorang. Bila di cerita tiada sentapan dan tiada tangkapan, ia menjadi bahan lelucon. CesH! Panasnya hati tidak terkata. Apa nak buat trip kumpau dek tekong bot.

Esok nya di dalam kereta semasa perjalanan balik, masing² sibuk mengeluarkan hujah dan maki hamun ke atas tekong. Benda dah lepas aper nak kata. Maka selepas ini, sonar ikan adalah satu perkara wajib untuk dimiliki. Boleh menjadi bahan bukti sekiranya tekong bot berkeras mengatakan di kawasan itu ada ikan.

Ada orang kata kalau dah kena macam ni, moral pemancing akan runtuh dan ramai yang menggantung joran selepas trip kumpau dek tekong. Tetapai bagi teman.....hehehehe...

"Sekali jadi Pemancing, Selamanya Pemancing"

Adios. Sampai jumpa lagi.

P/s: Sori trip kali ni tiada gambar dapat disertakan. Masa terluang di isi dengan karaoke lagu² yg merintih jiwa tatkala jiwa kacau dilanda kekecewaan.

0 dah post, Teman tak larang nak cakap: