"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Friday, January 25, 2008

Teman dan Si Kopiah Merah

Arghhh.....
Teman kenal dia....
Bukan....
Bukan kenal...
Tapi pernah duduk di sebelah dia.....
Itu cerita tahun lepas...

Tadi teman nampak dia lagi....
Duduk kusyuk mendengar khatib membaca kutbah...

Teringat tahun lepas.....
Semasa teman duduk di sebelah dia....
Sewaktu khatib membaca kutbah....
Ketika ramai yg sedang kusyuk mendengarnya...
Ketika ramai yg sedang tersengguk menahan ngantuk...
Ketika ramai yg sedang berkira² dan memikir untuk memilih lauk makan tengah hari...
Ketika itu....
Ketika itu juga dia mengeluarkan segala yang terdapat dalam beg nya...
Kelihatan rokok Dunhill 20 yg sudah kemik kotaknya...
Kelihatan kertas bersenarai nombor telefon makwe²nya....
Seketika itu juga...
Dia mengeluarkan radio dan earfon nya...
Sambil menyumbat earfon kedalam telinga..
Ketika itu juga dia menala frekuensi radio kegemarannya....
Sambil menguatkan bunyi suara...
Ketika itu juga ramai mata yang menjeling kearahnya...
Teman...
Teman tak terkejut dengan perlakuannya...
Kerana dia salah seorang pelajar Sekolah OKU di Gunung Rapat...
Pelajar OKU yang mempunyai masalah pada pemikirannya....
Dia lah Si Kopiah Merah





p/s: OKU juga mampu untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah ketika Azan Jumaat memanggil......mengapa ramai antara kita yang normal masih berat untuk menunaikan yg wajib itu????

2 dah post, Teman tak larang nak cakap:

Anonymous said...

Benarr.. dan berapa ramai yang pegi solat jumaat sekadar buat syarat tak ponteng 3 kali berturut2.

Yang secara zahirnya sihat akal pikiran, sebenarnya lebih 'sakit'.

Tsk,tsk tsk.

Cik jah

Teman said...

Untuk:

Cik Jah Pot Pet -->


Yer²...betui.....cik jah biler nak gi semayang jumaat??? hehehhehhe....