"TEMAN" bukan bermaksud rakan, sahabat atau kawan tetapi ia adalah ganti nama diri seperti saya, aku atau hamba. Penggunaannya kerana "Teman" boleh dijadikan rakan, sahabat atau kawan untuk anda semua.

Tuesday, June 24, 2008

Teman dan Entry Curi

"Entry ini telah di curi di sini sebelum sempat di hantar ke sini.Oleh kerana blog tersebut bersifat private, (termasuk teman pun yg tak dapat bukak) korang semua tak dapat baca entry tu. Maka bersuka ria lah hati kome² semua dapat baca entry yg terlepas ini. Enjoy reading.



Tuesday, June 24, 2008

Mode : Meroyan (Jiwa Kacau)

Kadang-kadang,
Satu ketika,
Tak tahu bagaimana menyatakan.

Kadang-kadang,
Sampai masa,
Berdiam diri lebih bagus.

Kadang-kadang,
Tiba hari,
Mungkin masih tak mengenali diri.

Kadang-kadang,
Imbas kembali,
Apakah masa itu berulang kembali?

Kadang-kadang,
Tiap waktu,
Bermuhasabah dalam diri.

Sampai detik,
Sampai saat,

Apa jua kesalahan,
Mohon dimaafkan.
Secara sedar atau tak sedar.
Perlakuan fizikal atau tonjolan emosi.

Dari saya :-
Yang masih keliru.

p/s: Saya bukan yang terbaik untuk awak.


"Komen: Bleh tahan ayat penulis...Dikala jiwa terluka..ayat seromantis bahasa akan keluar berbunga². Tatkala jiwa kacau, entry² sebegini akan dirindui.Nice to know her. She's talented writer. And U know I really love her so much."

Saturday, June 21, 2008

Teman dan Kemarahan

Dulu teman pernah dengar ayat di internet hanya perhubungan maya
Tak perlu wujud rasa sangsi, kekeliruan dan sebagainya
Maka wujudlah keterbukaan terhadap komentar dan dan msg yang dilontarkan di alam maya

Sekarang...
Apabila entry blog dihujahkan dengan rasa ketidak puasan hati
Teman mula terasa
Apabila entry blog dibalas dengan ayat² seperti:

"Lepas ni tak boleh la orang nak komen kat friendster saya?"
"Lepas ni tak boleh la orang nak msg² kat blog saya?"

Kenapa??
Teman tak pernah argue atau sangsi dengan komen atau msg yang dilontarkan
Teman hanya menaip aper teman rasa.
Kenapa pula sampai claim teman sebegitu rupa
Teman hanya seorang penulis picisan
Ayat dibawah gambar teman sudah menerangkan segalanya

Teman adalah aku. Aku adalah seorang lelaki yang hanya pandai bermain kata diatas 'keyboard'
Oleh itu kenapa teman tak dibenarkan menulis apa yang teman rasa??
Jika sesuatu itu tidak penting maka biarkan ia
Ia tak perlu di ceritakan
Tetapi kenapa bila teman menulis ia menjadi suatu isu besar
Biarkan ia jika rasa itu tidak penting
Biarkan ia jika rasa itu tidak menjadi hal
Jangan ia jadi isu

Teman hormat perasaan korang, maka hormatilah perasaan teman
Teman juga mempunyai perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya
Teman bukan robot
Teman juga bukan mesin
Setiap perkara yang terjadi teman akan mula berfikir
Dan teman akan mula menaip
Blog menjadi tempat pembuangan sampah
Blog menjadi punching bag
Blog menjadi pelepas kemarahan
Blog menjadi teman kita mengadu
Blog juga menjadi tempat kita memberi informasi
Tak perlu di sangsi

Seorang penulis picisan seperti teman
Hanya menaip aper yang dirasa
Aper yang terlintas
Jika benar seperti yang di maksud
Kemana lagi untuk dihala?

Teman mahu lari
Kemana?

Teman mahu menyorok
Dimana?

Teman rasa sedih
Mengapa?

Teman rasa gembira
Siapa?

Adios.......

Teman dan Matematik

Teman tak pandai mengira....
Betul ke teman tak pandai kira....
Ntah la....
Masa tadika teman di ajar mengira dari..
0, 1, 2, 3, 4 dan seterusnya...
Tetapi sekarang teman mengira dari..
0,1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144 ……
Giler kan??
Siapa yang ajor kira macam ni...
Jom teman kenalkan cikgu teman ni....

"Leonard Fibonacci was a famous Italian mathematician, also called a super duper uber geek, who had an “aha!” moment and discovered a simple series of numbers that created ratios describing the natural proportions of things in the universe."

Haaa...dia la yang ajor teman..
Masih tak kenal??
Google sendiri la...
Korang bukan tak pandai surf internet untuk dapat informasi sebegitu.
Kenapa teman kira macam tu??

Kerana teman mahu tahu ratio.
Ratio aper?

Cuba bahagikan nombor tersebut kepada nombor yang sebelum nya.
Nombor² ini lah yang penting untuk teman.

Fibonacci Retracement Levels
0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764

Fibonacci Extension Levels
0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618

Nak buat aper nombor ni??

Pergi baca Babypips.com

Eh...

Teman tak pandai kira...
Teman tak pandai kira 0-0 atau 1-0 atau 2-0...
Teman juga tak pandai redeem barang, redeem janji dan aper² redeem pun...
Even hutang janji yang tertunggak pun tempat tak pandai nak tuntut...
Abis camner teman nak redeem kalo dah mencecah 10-0...

Yang penting teman tak pandai mengira...
Betul ke teman tak pandai kira???

Adios!!

P/s: Mode meroyan....

Wednesday, June 18, 2008

Teman dan Trip Memancing Yg Kumpau

Arghhh...
Dah lama sangat teman tak menulis.
Sebab kurang bahan penceritaan.
Setelah didesak².
Baru le teman nak kembali menulis.
Meh sini teman nak cerita trip memancing yg kumpau dek tekong bot.

Dulu...
Teman dah pernah pergi trip memancing di Pulau Pangkor.
(Sesapa yg tak tau baca kat sini)
Jadi trip kali ni adalah untuk mengulang ke tempat yg sama.

Trip di kelolakan oleh kawan teman.
Memula masa telefon tu kata nak pergi sampai Pulau Sembilan....
Tetapi tekong bot kata...."Pulau Sembilan tak boleh, sekarang time ribut. Kalo nak pergi Pangkor tu boleh la"
Maka perjanjian dibuat trip kali ni mengulang untuk ke Pulau Dua di sekitar Pangkor sekali lagi.
Maka persediaan trip kali ni juga rapi supaya kejadian joran patah 3 tidak berlaku lagi.
Masing mempersiapkan joran yang lebih mahal dan lebih kukuh.
Tambahan pula, trip kali ni pergi dengan menaiki bot yang lebih besar dan pemancing yg lebih ramai.

Maka pada 14hb Jun 2008, seawal pagi teman and the gang dah bersiap untuk ke Pantai Remis.
Janji dengan tekong bot pukul 12 tengah hari.
Singgah di Setiawan untuk membeli udang hidup 240 ekor (walau kemudian mati kesemuanya sebelum sempat di bawa ke dalam bot sebab lemas, maklum le dok dalam air, lemas le deme)

Sampai di jeti pukul 12, naik bot pukul 1. Tak ke hangin dibuatnyer. Janji kelin betui le tekong ni.
Tercangak² kita orang kat jeti di bawah terik sinar mentari. CesH! Belum aper² tekong bot dah buat hal.

Pukul 1 kami memulakan perjalanan ke port yg pertama, berdekatan pantai Pasir Panjang. Tekong nak masak nasik dan lauk untuk makan tengah hari walaupun kami dah mentekedarah sebelum tu di rumah sorang sepupu ahli pemancingan.

Port pertama tu kelihatan umpan yang di labuhkan ke air tidak mendapat sambutan. Maka selepas makan kami meminta tekong untuk ke Pulau Pangkor seperti yang di janjikan. Dengan muka terkulat², tekong bot berkata " Bot ni takder lesen bawak orang mancing, ni bot kerja, takat mancing area pantai remis boleh le. Kat sini pun ikan besor², Jenahak, Pari dan Kerapu besor² lengan." Dan² itu teman rasa nak besit je tekong tu ngan joran 8' teman.

Kami dah mula panas. Janji nye ke Pulau Pangkor. Alih² keluor alasan bodoh cam gamp ni. Tetapi ape nak kata. Bot dah naik. Maka pusing je le area Pasir Panjang, Batu Hilal dan Pulau Talang. Malangnya tiada satu tempat pun kami menerima regutan seperti yang di harapkan. Mata kail yang di bawak semua untuk saiz ikan 2-3 kg ke atas. Kalaupun ader yg menyambar cuma anak ikan. Ikan gelama dan gerut barangkali. Ikan yang kami boleh pancing tanpa naik bot berbayar sampai Rm400.

Malam tu teman menerima panggilan dari seseorang. Bila di cerita tiada sentapan dan tiada tangkapan, ia menjadi bahan lelucon. CesH! Panasnya hati tidak terkata. Apa nak buat trip kumpau dek tekong bot.

Esok nya di dalam kereta semasa perjalanan balik, masing² sibuk mengeluarkan hujah dan maki hamun ke atas tekong. Benda dah lepas aper nak kata. Maka selepas ini, sonar ikan adalah satu perkara wajib untuk dimiliki. Boleh menjadi bahan bukti sekiranya tekong bot berkeras mengatakan di kawasan itu ada ikan.

Ada orang kata kalau dah kena macam ni, moral pemancing akan runtuh dan ramai yang menggantung joran selepas trip kumpau dek tekong. Tetapai bagi teman.....hehehehe...

"Sekali jadi Pemancing, Selamanya Pemancing"

Adios. Sampai jumpa lagi.

P/s: Sori trip kali ni tiada gambar dapat disertakan. Masa terluang di isi dengan karaoke lagu² yg merintih jiwa tatkala jiwa kacau dilanda kekecewaan.